Friday, March 13, 2009

kasih sayang

"kasih sayang itulah sesuatu untuk dikenang, yang membuat remaja patah hati"

"kasih sayang,rukun dan damai, hidup seperti dalam mahligai"

itu antara dua petikan lagu, di sini kita dapat melihat bahawa kasih sayang itu mampu memberi dua impak, sama ada positif mahupun naegative.

kasih sayang yang seperti manakah memberi impak yang positif? dan bagaimanakah pula yang memberi impak negatif?

kasih sayang yang berkekalan dari dunia sampai akhirat itu memberi impak yang positif, contohnya kasih sayang antara kita dan kedua ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara mahupun sahabat handai. kalau kita sayang ibu bapa kita,kita akan belajar bersungguh-sungguh sehingga kita berjaya memenuhi tujuan yang dimaksudkan.

kasih sayang yang memberi impak negatif, mostly kasih sayang yang tidak mendapat rahmat dari yang maha esa.selalunya ianya membuatkan hati ramai orang hancur apabila menghadapi situasi ini, tapi tak apalah nanti kamu akan berhadapan dengan pengalaman baru. sesungguhnya pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

berdoalah selalu agar kita diberi kekuatan untuk menghadapi setiap sesuatu perkara itu dengan kematangan diri. oleh itu janganlah cepat melatah jika sesuatu perkara terjadi.

apa yang penting, senyumlah selalu. inilah mutiara kata pada pagi ini.


coretan hati:nabilla ibrahim

No comments:

Post a Comment