Friday, February 20, 2009

antara panas dan hujan,manakah lebih baik?

Apabila cuaca panas,ramai yang bersungut, tidak tahan, sakit kepala dan sebagainya. tetapi, apabila hujan ,mereka bersungut kerana terlalu sejuk, baju tidak kering, susah nak jalan,sebab jalan licin. apabila panas inginkan hujan, apabila hujan inginkan panas. pernahkah kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan tuhan? pernahkah kita terfikir bagaimana orang yang hidup di padang pasir menjalani kehidupan mereka? pernahkah kita terfikir bagaimana orang eskimo menjalani hidup mereka? menjawab kepada persoalan antara panas dan hujan manakah lebih baik, itu semua bergantung kepada pemikiran seseorang. tapi apabila kita melihat pada satu sudut, sama ada hujan ataupun panas,kita masih memerlukan payung dan sekaligus memberikan sumber rezeki kepada mereka yang menjual payung, oleh itu, sama ada hujan ataupun panas, ianya masih memberikan impak yang sama. kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah sama ada hujan ataupun panas, kedua duanya adalah baik dan tiada yang lebih baik. selain itu, maha pemurahnya ALLAH S.W.T hanya daripada cuaca dapat membuka rezeki seseorang.

No comments:

Post a Comment